Wednesday, June 30, 2010

BAHASA MELAYU itu 'K.O.L.O.T'? Apa pula pendapat orang ramai mengenai BUDAYA MELAYU?

Apa sebenarnya makna perkataan "kolot"? Seperti yang tertera di kamus dewan, dan juga yang difahami ramai, ia bermaksud: Kuno; lama. Jikalau ramai yang berkata Bahasa Melayu itu kolot, ataupun agak ketinggalan dek zaman, apa yang akan terjadi kepada Budaya Melayu? Sedangkan budaya itulah yang telah diamalkan dari zaman nenek moyang kita, hinggalah ke zaman sekarang.

Mengapa harus kita berfikiran sebegitu sedangkan kita boleh mengubah fikiran kita yang negatif itu kepada sesuatu yang optimis? Seharusnya kita bangga dengan apa yang dimiliki oleh bangsa kita. Budaya Melayu, bukan sahaja tertakluk dan didedahkan kepada orang melayu sahaja. Ini kian terbukti. Seperti contoh, di akhbar Berita Harian yang baru juga disiarkan beberapa hari yang lepas, para kendarat bagi Majlis Perkahwinan orang Melayu juga terdiri daripada beberapa remaja yang berlainan bangsa. Bukan itu sahaja, mereka rasa seronok kerana dapat merasakan dan melihat cara serta adat-istiadat bagi perkahwinan orang Melayu. Jikalau bangsa lain kagum dan bangga, mengapa harus kita malu dengan apa yang dekat dengan kita?

Hmm... Mungkin kita terlalu didedahkan dan semakin terikut-ikut dengan perkembangan serta cara kehidupan dan pergaulan orang Barat. Siapa yang harus dipersalahkan? Sekolah atau ibu bapa? Ataupun... Diri kita sendiri? Mari kita sama-sama renungkannya dan buat masa sekarang, yang sebaiknya ialah kita cuba untuk mencapai keseimbangan dalam mempertahankan Budaya Melayu kita dan juga tetap mengikut peredaran zaman. Bagaimana itu?


Salam Sayang,
Rafizah