Hmm... Saya baru sahaja pulang dari Batam pada minggu yang lepas. Begitu asyik sekali dapat menyaksikan tarian yang diserapkan dengan tradisi Indonesia, dan pada yang sama, telah mengetengahkan budaya mereka kepada pengunjung. Setiap kaum mempunyai budaya mereka yang tersendiri.
Begitu juga dengan kaum Melayu, ia memiliki tradisinya yang tersendiri. Dari segi 'hiburan', terdapat tarian Melayu, alat muzik Melayu seperti rebana (yang lebih difahami ramai sebagai kompang), dan juga tidak ketinggalan dikir barat. Akan tetapi, adakah kita semua benar-benar terdedah kepada budaya kita ini? Rasa-rasanya tidak lah sangat... Masih boleh diperbaiki.
Hmm... Comel sungguh pabila melihat kanak-kanak kecil dalam lingkungan 7 hingga 10 tahun membuat persembahan tarian melayu. Pada pendapat saya, tarian melayu bukannya mudah untuk dipersembahkan. Lihat sahaja pada lenggang-lenggoknya, kelembutan dan langkah-langkahnya yang kemas itu. Saya yang sudah 'gedek' ini pun tetap merasakan ia sukar untuk dilakukan. Minat ada, tetapi... haiz... bakat tidak ada!
Tidak ada bakat, tidak semestinya kita tidak dapat melibatkan diri dalam sesebuah persembahan itu. Ini kerana, minat yang saya ada itu telah saya luaskan dengan menghadiri persembahan-persembahan tarian, dan juga menolong dalam CCA tarian sedikit sebanyak. Sekurang-kurangnya, mengambil tahu mengenainya.
Bagaimana harus kita mengekalkan tradisi ini? Hmm... Sebenarnya saya bangga dengan organisasi yang telah menganjurkan acara-acara di Taman Warisan Melayu. Sekurang-kurangnya, ia dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menyaksikan dan mengambil tahu tentang perkara-perkara yang telah melibatkan kedua-dua bahasa dan budaya melayu. Yang lebih dibanggakan lagi, ia telah memberi peluang kepada orang ramai untuk turut serta dan melibatkan diri dalam acara-acara tersebut. Seperti contoh, orang ramai digalakkan memakai pakaian tradisional apabila mengunjung ke Taman Warisan untuk acara yang ada kaitan dengan etnik melayu.
Mungkin untuk bulan bahasa tahun ini ataupun tahun-tahun yang akan datang, penganjur boleh menjemput duta bahasa, iaitu Taufik Batisah ataupun mana-mana artis yang dapat menarik perhatian ramai dalam mengalakkan orang ramai untuk memperjuangkan bahasa dan budaya melayu kita. Saya pasti ramai yang akan mengunjung ke acara yang diadakan itu nanti.
Salam,
Rafizah
No comments:
Post a Comment